dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Tebelu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    facebook

Sosioekomoni Dan Keusahawanan



Pengusaha kilang memproses udang

Tebelu terkenal dengan kekayaan hasil laut seperti ikan dan juga udang sama ada segar dan sudah diproses yang menjadi tarikan utama masyarakat bahagian Samarahan. Oleh itu, terdapat sebuah kilang memproses udang di kampung ini yang dimiliki oleh Kim Lee. Kilang ini memproses udang yang sudah dibuang kulit dan kepala untuk dijual kepada pembekal-pembekal yang lain. Kewujudan kilang ini telah membuka peluang kepada penduduk sekitar Sebuyau khasnya penduduk kampung sendiri terutama kaum wanita untuk meningkatkan sumber ekonomi mereka.



Gerai Jualan Minyak petrol Dan Hasil Produk Laut

Terdapat juga kedai yang menjual pelbagai hasil produk makanan laut seperti ikan masin, salai, udang kering dan sebagainya. Kedai ini terletak di sepanjang jalan utama Kampung Tebelu menuju ke Sebuyau. Harga produk-produk ini dijual dengan harga yang berpatutan.

 



Kedai Runcit

Terdapat juga kedai runcit menjadi tempat bagi penduduk kampung membeli barang keperluan harian. Kedai Agro Bazaar milik Encik Yus ini bukan sahaja menyediakan bahan asas dan keperluan harian, tetapi juga menjadi agen Bank Simpanan Nasional bagi kemudahan penduduk kampung.



Gerai-gerai Makanan dan Minuman Sebuyau

Gerai-gerai Makanan dan Minuman pula terletak di Pekan Sebuyau. Kebiasaannya, Pekan Sebuyau dipenuhi oleh penduduk-penduduk dari kawasan daerah Sebuyau pada waktu pagi untuk membeli barang keperluan, sayur dan hasil laut dan juga menggunakan perkhidmatan awam yang disediakan. Hal ini menjadikan gerai-gerai makanan dan minuman ini menjadi tumpuan pelanggan.



Pusat Penjaja Sebuyau

Pusat penjaja ini menjadi medan untuk penduduk tempatan menjual hasil tanaman, produk-produk laut dan juga makanan-makanan seperti kuih muih dan sebagainya. Kewujudan pusat penjaja ini mampu meningkatkan sumber pendapatan penduduk di sini bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

 

© 2014 - Semua Hakcipta Terpelihara.