Komuniti
Ringkasan
Kampung Tebelu atau sebutan loghat tempatan tebeluk terletak di daerah kecil Sebuyau (N. 22) dalam bahagian Kota Samarahan, Sarawak. Sebuyau merupakan daerah pertengahan di antara daerah Simunjan (Kota Samarahan) dengan bahagaian Sri Aman. Dari daerah Sebuyau, perjalanan ke kampung ini hanya 10 ke 15 minit sahaja. Manakala, dari bandar Kuching, perjalanan ke sini mengambil masa lebih kurang tiga jam melalui jalan darat dan melintasi bahagian Samarahan ke daerah Asajaya, Sadong Jaya sebelum sampai ke Sebuyau. Kampung Tebelu juga boleh dihubungkan dengan Bandar Sri Aman melalui jalan air (menggunakan feri, perahu atau bot) dengan perjalanan yang mengambil masa selama tiga jam. Sejarah kewujudan kampung Tebelu ini bermula dari seorang berbangsa Iban yang bernama ”Tablu”. Beliau merupakan orang pertama yang menemui kawasan penempatan ini hasil penghijrahannya menyusuri laut besar iaitu Laut China Selatan. Kemudian, kawasan yang tidak berpenghuni dan bersemak ini telah menjadi sebuah perkampungan apabila bertambahnya bilangan penduduk yang terdiri daripada orang Melayu dan Iban yang datang dan menetap di kampung ini. Penduduk Melayu kebanyakkannya lebih berminat tinggal di kawasan persisiran sungai, manakala orang Iban pula telah berpindah ke hulu kerana mereka lebih gemar tinggal di kawasan berbukit. Memandangkan tempat ini tidak diberi nama, maka penduduk pada zaman tersebut sepakat memberikan nama kampung ini sebagai Tebelu. Bermula saat itu dan hingga ke hari ini, tempat ini dikenali sebagai Kampung Tebelu bersempena dengan nama orang yang pertama kali membuka penempatan tersebut.
Jumlah Populasi Penduduk Kampung tebelu
Nelayan 69.09
Petani 10.90
Kakitangan Kerajaan 6.90
Swasta 7.63
Lain-lain 5.45
Populasi
Jumlah penduduk Kampung Tebelu ialah seramai 2 000 orang dengan jumlah rumah penduduk adalah sebanyak 198 pintu. Manakala, keluasan daerahnya iaitu daerah Sebuyau adalah 625.07 km persegi. Majoriti penduduk Kampung Tebelu berbangsa Melayu dan beragama Islam, manakala penduduk di sekitar diikuti Iban dan Cina. Seiring dengan peredaran zaman, faktor migrasi, pekerjaan, pertumbuhan ekonomi dan perkahwinan menyebabkan kampung ini juga didiami dan didatangi oleh kaum lain seperti kaum India, pakistan dan sebagainya.
Parlimen
Yang Berhormat Dato' Sri Hajjah Rohani Abdul Karim
Jawatan dalam Kabinet : Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Parti : BN – PBB
Parlimen : P201
Kawasan : Batang Lupar
No. Telefon : 03 – 8323 1011 / 03 – 8323 1020
No. Fax : 03 – 8323 2008
E-Mail : parlimenblupar@yahoo.com / rohanikarim@kpwkm.gov.my / rohani_karim@yahoo.co.uk
Alamat Surat-menyurat :
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aras 38, No.55 Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya.
DUN
Kawasan Pilihanraya : N.22 SEBUYAU
Nama : Yang berhormat Datuk Haji Julaihi Bin Haji Narawi
Tarikh Lahir : 13.04.1955
Alamat : Lot 342, 167A, Tingkat 2, Lorong Satok, No.9, Jalan Satok, 93400 Kuching
No. Telefon (Pejabat) : 082 - 231818
No. Telefon (Kediaman) : 082 - 259102
No. Fak : 082 - 232318
Parti : Parti Pesaka Bumiputra Bersatu – PBB (BN)
Penghulu / Ketua Kampung
Nama Ketua Masyarakat : Encik Polly Bin Mat
Jawatan : Ketua Kampung
Bidangkuasa/Kawasan : Kampung Tebelu, Sebuyau
No Telefon : 019-4673624
MAKLUMAT MENGENAI PERSATUAN BELIA/MASYARAKAT/WANITA SEKIRANYA ADA
1. Jawatan Kuasa Kampung
2. Komuniti Bestari