Kisah Kejayaan
Kisah Kejayaan Yang Ditemui Melalui Pusat Internet 1 Malaysia (Bimbingan IT Dari PI)
Encik Muhd Basir Bin Kipli (Pengedar Air Borneo Kangen Water)
Menyedari kepentingan menggunakan ICT pada masa ini, En. Muhd Basir telah menjadi ahli PI pada hujung tahun 2016 lepas dan beliau mendapat tunjuk ajar secara peribadi oleh pengurus PI memandangkan beliau tidak mempunyai masa terluang untuk menghadiri kelas ICT, oleh itu beliau datang ke PI mengikut masa lapang.
Bermula mempelajari mudul pembelajaran seperti asas computer, pengenalan internet, mencipta akaun email, facebook dan yang berkaitan dengan ICT untuk membantu perniagaaan beliau. Beliau juga turut diajar bagaimana membuat laman web sendiri serta pemasaran melalui facebook.
Setelah mendapat bimbingan dan program kesedaran ICT, beliau kini yakin untuk memiliki dan menggunakan komputer riba yang dilengkapi dengan akaun internet di premis perniagaan beliau bagi memudahkan beliau melaksanakan urus niaga dari premis serta bantuan smartphone. Aplikasi elektronik tersebut banyak membantu beliau memudahkan urusan seharian, di samping menjimatkan kos, masa dan tenaga.
Tanpa perlu hadir ke setiap tempat yang mengadakan anjuran, ataupun ke setiap premis untuk menjual produk beliau, beliau kini hanya perlu memuatnaik sahaja maklumat ke akaun facebook dan menggunakan aplikasi wassap untuk mempromosikan produk beliau. Ini amat menjimatkan masa, kos dan tenaga beliau serta tugas harian beliau setelah menggunakan aplikasi elektronik tersebut. Pada masa ini, beliau sedang giat untuk mempelajari membuat laman sesawang untuk meningkatkan lagi pasaran.
Encik Jukria Bin Dauod ( Penternak Dan Pengedar Daging Puyuh)
Encik Jukria bin Daoud merupakan seorang penternak daging puyuh di kawasan Asajaya Samarahan Sarawak. Menjadi ahli PI pada awal tahun ini beliau dan mendapat bimbingan secara peribadi dari PI dari segi ICT untuk membantu mempromosikan produk beliau melalui internet menggunakan facebook.
Beliau adalah seorang yang rajin datang ke PI sekiranya beliau mempunyai masa terluang, masa tersebut beliau gunakan untuk mendapat pendapat dan selalu bertanya tentang ICT sekiranya beliau kurang paham berkaitan internet.
Facebook dan aplikasi wassap juga dipraktikkan oleh beliau untuk memasarkan, mempromosi serta mendapat maklumbalas dari pengguna yang membeli produk beliau. Kini, beliau sedang mempelajari adobe photoshop untuk membuat label pada produk beliau.