dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Tebelu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    facebook

Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan

 


Taman Rekreasi Sebuyau

Taman Rekreasi Sebuyau merupakan kawasan tarikan setempat terutama bagi mereka yang baru sampai ke daerah ini. Dari Kampung Tebelu, perjalanan ke taman ini hanya mengambil masa 10 ke 15 minit sahaja. Taman rekreasi ini terletak di Pekan Sebuyau dan bersebelahan dengan waterfront dan terminal penumpang Sebuyau. Terdapat kawasan rehat dan permainan yang sesuai untuk tarikan kanak-kanak terutamanya arca yang berbentuk haiwan-haiwan seperti badak sumbu, ikan terubuk, buaya, burung kenyalang, serta simbol tarikan dan sebutan ramai penduduk iaitu “Ikan Duyung Sebuyau”.


Gelanggang Futsal Sebuyau

Terdapat juga gelanggang futsal yang di kawasan Pekan Sebuyau. Gelanggang ini dibuka untuk warga tempatan terutama penduduk sekitar sebuyau seperti Kampung Tebelu, Sebangan dan kampung-kampung lain mengadakan kejohanan dan aktiviti riadah. Kemudahan ini juga menjadi satu platform dalam mengeratkan silaturahim di kalangan generasi muda dan tua penduduk kawasan Sebuyau.


Jeti Sebuyau

Selain menjadi tempat untuk menurunkan penumpang perahu atau bot dari kampung-kampung di kawasan berdekatan Sebuyau yang hendak menyeberangi sungai untuk pergi ke pekan Sebuyau, jeti Sebuyau ini juga menjadi tempat untuk para pemancing melakukan aktiviti kegemaran mereka.

 

© 2014 - Semua Hakcipta Terpelihara.