Kelas ICT: Mencipta Kad Digital Hari Guru Menggunakan Aplikasi Canva

9 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Kelas ICT pada kali ini mengajak para peserta untuk mencipta Kad Ucapan Digital Hari Guru sempena hari guru yang bakal tiba pada bulan Mei ini. Peserta-peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 Sekolah Menengah Sebuyau telah diajar cara menyunting kad digital menggunakan Canva. Peserta juga diarahkan untuk menggunakan kreativiti sendiri bagi menghasilkan kad ucapan digital masing-masing. Di samping berjaya mencipta kad ucapan digital sendiri, peserta-peserta juga telah berjaya menggunakan aplikasi baru seperti canva untuk kegunaan di masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali