Projek STEM: Projek Sains Straw Plane

18 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Kelas STEM (Projek Sains Straw Plane) telah diadakan pada isnin yang lepas yang telah dihadiri oleh 5 peserta terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah SK Tebelu. Projek Sains Straw Plane adalah projek kapal terbang yang dibuat hanya menggunakan straw dan kertas sahaja. Peserta-peserta ditunjukkan tutorial cara membuat kapal terbang tersebut dan dikehendaki untuk membuat sendiri straw plane menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan. Peserta-peserta turut diminta untuk menerbangkan straw plane mereka untuk memastikan straw plane yang dihasilkan mengikut seperti yang telah ditunjukkan dan berjaya diterbangkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali