Kelas Stem IoT: Robotic Hand
17 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniMalaysia meletakkan sasaran untuk berada dalam kalangan 20 negara teratas di dunia dalam bidang ekonomi, kesejahteraan rakyat dan kreativiti serta inovasi menjelang 2050. Antara cara mencapai matlamat itu adalah dengan memupuk minat terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) sejak di peringkat sekolah lagi. Oleh itu PEDi Tebelu turut mengadakan kelas STEM pada setiap bulan bersama para peserta untuk bersama merealisasikan sasaran yang telah disasarkan.
Pada bulan ogos ini antara kelas STEM yang diadakan ialah Robotic Hand. Robotic Hand diperbuat daripada kertas A4, straw dan benang. Peserta-peserta yang hadir diberikan tunjuk ajar sepenuhnya oleh staff PEDi Tebelu. Semoga aktiviti sedemikian dapat membantu dalam perkembangan minda peserta-peserta yang hadir di samping mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: