Kelas Advokasi (Jum Recap Kembali Kelas Advokasi Tahun 2022)

16 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Januari 2023 (Ahad) telah berlangsung kelas advokasi dimana peserta-peserta mengulangkaji kembali mengenai kelas-kelas advokasi yang telah dibuat pada tahun 2022. Antara topik pada hari tersebut adalah Cyber Grooming, Sentuhan Selamat dan Sentuhan Tidak Selamat, Ketagihan Permainan Atas Talian, Terlebih Kongsi di Media Sosial dan Buli Siber. Para peserta ditayangkan semula dengan video-video berkaitan topik yang dinyatakan. Sesi soal jawab juga dijalankan oleh staff PEDi bersama peserta-peserta yang hadir.

Para peserta juga turut diberikan kuiz mengenai topik yang dibincangkan bagi memastikan peserta memahami dengan lebih baik topik-topik yang dibincangkan. Kelas ini diadakan bagi memastikan peserta-peserta yang terlibat sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga mengenai keselamatan diri dan orang sekeliling mereka. Peserta-peserta juga diingatkan agar sentiasa mengingati kesan dan langkah-langkah mengatasi jika terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini terutamanya jika berkaitan topik-topik yang telah dibincangkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali