Kelas Usahawan – Cara Membuat Invois Perniagaan & Cara Memasukkan Gambar Dalam Excel

10 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu 9 Ogos 2023 seorang usahawan PEDi Tebelu telah hadir ke PEDi untuk menghadiri kelas usahawan. Beliau telah belajar cara untuk membuat invois dan cara untuk memasukkan gambar ke dalam program Excel dengan bimbingan daripada Penolong Pengurus PEDi Tebelu.

Kedua-dua kelas yang dihadiri adalah ilmu yang digunakan oleh usahawan untuk memastikan rekod perniagaan nya lebih teratur dan tersusun. Selain itu beliau ingin bertukar daripada menggunakan cara tradisional dengan mencatat segala rekod perniagaannya ke dalam buku kepada cara yang lebih mudah menggunakan Excel.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali