Kelas Advokasi (Impak Terlebih Kongsi Di Media Sosial)

10 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Pada selasa yang lepas PEDi Tebelu telah mengadakan kelas advokasi dengan topik Impak Terlebih Kongsi Di Media Sosial. Kelas ini diadakan bagi memberikan kesedaran kepada peserta-peserta yang hadir apakah kesan buruk jika seseorang berkongsi secara berlebihan di media sosial terutamanya melibatkan maklumat peribadi. Peserta-peserta yang hadir diingatkan maklumat peribadi adalah maklumat yang sulit di mana tidak boleh dimuat naik sebarangan di mana-mana media sosial.

Antara impak yang paling besar adalah berlaku pencurian data peribadi oleh pihak tertentu untuk tujuan yang tidak baik. Hal ini boleh menyebabkan keselamatan nyawa dan seseorang boleh mengalami kerugian yang besar jika ianya melibatkan maklumat kewangan. Peserta juga diberikan kuiz bagi memastikan mereka lebih memahami topik yang dibincangkan. Pengurus PEDi Tebelu juga turut menyampaikan cenderahati kepada peserta yang berjaya menghasilkan kad digital hari guru yang paling kreatif yang berlangsung pada hari isnin 8 Mei 2023.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali