E-Learning Cara Mengisi Borang Permohonan Online (Bantuan Geran Isi Rumah Wanita Sarawak)

12 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Borang permohonan secara atas talian / online adalah salah satu inisiatif Kerajaan untuk memudahkan komuniti-komuniti mengisi apa-apa borang permohonan hanya di hujung jari sahaja tanpa perlu ke kaunter ataupun ke mana-mana institusi yang menyediakan bantuan tersebut.

Beberapa komuniti yang hadir ke PEDi telah meminta tunjuk ajar daripada staff PEDi Tebelu cara untuk mengisi borang permohonan online bagi bantuan Geran Isi Rumah Wanita Sarawak. Dengan menggunakan link rasmi permohonan tersebut peserta-peserta yang hadir telah diberikan tunjuk ajar satu persatu untuk mengisi borang permohonan. Peserta yang hadir telah berjaya mengisi permohonan mereka dengan tunjuk ajar yang telah diberikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali