Bimbingan Komuniti “Laman Web Kemasukan IPTA”

15 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Rabu bersamaan 14 Jun 2023, Pusat Ekonomi Digital Tebelu telah mengadakan “Bimbingan Komuniti: Laman Web Kemasukan IPTA”. Tujuan kelas tersebut diadakan untuk memberi bimbingan kepada salah seorang lepasan SPM baru-baru ini iaitu Adik Fasiha. Beliau merupakan salah seorang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang diSMK SEBUYAU iaitu 7A,1C. Adik Fasiha telah memohon kemasukan di IPG dan CANTEX dengan mengisi data dan maklumat di dua laman sesawang khusus untuk mendaftar kemasukan ke IPTA.

Petugas PEDi Tebelu telah membantu dan membimbing beliau dengan bersungguh-sungguh selama dua jam. Pihak PEDi Tebelu telah memberikan bimbingan untuk mengisi data dan maklumat di laman sesawang tersebut kepada adik fasiha. Pihak PEDi Tebelu berharap agar urusan permohonan untuk melanjutkan pelajaran beliau dipermudahkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali