Klik Dengan Bijak (Cyber Grooming) / Kuiz Cyber Grooming

4 September 2023 | Aktiviti Terkini

Cyber Grooming merupakan perbuatan yang dilakukan seseorang untuk menjalinkan hubungan dan kepercayaan dengan kanak-kanak atau remaja sehingga mereka dapat dimanipulasi oleh pelaku. Perbuatan ini memiliki impak yang sangat buruk dan membahayakan, karena dapat menimbulkan trauma secara fizikal mahupun secara psikologi. Oleh itu kelas Klik Dengan Bijak (KDB) dengan topik Cyber Grooming telah dijalankan di PEDi Tebelu bersama beberapa orang pelajar remaja bagi menyebarkan kesedaran mengenai bahayanya Cyber Grooming di zaman teknologi digital ini.

Melalui kelas ini para peserta yang aktif menggunakan media sosial diingatkan untuk berhati-hati memilih kawan secara atas talian. Mereka juga diminta untuk menyelidiki latar belakang seseorang tersebut sebelum terjebak dengan aktiviti cyber grooming ini. Peserta juga telah diberikan kuiz mengenai topik cyber grooming bagi memastikan peserta lebih memahami topik yang dibincangkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali