Elakkan Penyebaran Berita Palsu

13 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Perbuatan menyebarkan maklumat tidak sahih sememangnya membimbangkan kita. Aktiviti ini bukanlah satu perkara baharu bahkan sudah terjadi sejak zaman berzaman. Oleh itu kelas dengan topik “Elakkan Penyebaran Berita Palsu” telah diadakan pada 12 Februari 2023 bagi memberikan kesedaran dan ilmu pengetahuan mengenai kesan buruk penyebaran berita palsu dan cara menangani penyebaran berita palsu ini. Seramai 6 orang pelajar telah mengikuti kelas yang dijalankan pada hari tersebut.

Peserta-peserta yang hadir diharapkan dapat mengambil manfaat sepanjang kelas ini diadakan serta mengambil iktibar dan memastikan maklumat yang disebarkan adalah maklumat yang sahih dan dari sumber yang sah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali