Mendaftar & Kemaskini Data di Laman Web SPA(Individu)

10 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 09 Februari 2023 (Khamis) Seorang pengguna dan juga ahli PEDi Tebelu di bantu oleh kakitangan PEDi untuk mendaftar dan mengemaskini data di laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Nurul Akma merupakan pelajar tingkatan 6 atas Sekolah Menengah Asajaya. Sebagai persediaan setelah tamat pengajian beliau ingin mendaftar pekerjaan di SPA Malaysia.

Beliau dibantu dan di ajar oleh kakitangan PEDi cara mendaftar dan mengisi setiap data yang diperlukan di laman sesawang SPA. Beliau juga di beri sedikit maklumat berkaitan cara memilih pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan yang sedia ada.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali