Kelas Advokasi (Ketagihan Internet Di Kalangan Remaja)

14 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Ketagihan internet di kalangan remaja pada masa kini tidak dapat disangkal lagi apabila tangan mereka tidak lekang memegang telefon pintar setiap masa. Dengan pelbagai aplikasi yang ada pada masa kini menjadikan remaja-remaja sekarang lebih seronok menghabiskan masa di internet berbanding meluangkan masa dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Oleh itu kelas ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada peserta-peserta mengenai keburukan apabila terjebak dalam ketagihan internet.

Peserta-peserta yang hadir turut diberikan kuiz mengenai ketagihan internet bagi memastikan mereka memahami lebih lanjut mengenai topik yang dibincangkan. Diharapkan peserta yang hadir dapat menggunakan teknologi yang ada pada masa kini dengan sebaiknya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali