Klik Dengan Bijak (KDB) – Buli Siber

5 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 4 September 2022 (Ahad) program Klik Dengan Bijak yang bertajuk Buli Siber telah dihadiri oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah Tebelu. Peserta ditayangkan dengan video animasi mengenai buli siber. Seterusnya bagi memastikan peserta-peserta ini memahami dengan lebih lagi mengenai buli siber mereka dikehendaki menjawab kuiz mengenai buli siber yang telah disediakan menggunakan aplikasi WordWall. Para peserta diharapkan mempunyai kesedaran yang lebih mengenai buli siber ini serta tidak menjadi mangsa buli siber ataupun menjadi pembuli siber setelah mengetahui impak dan kesannya terhadap seseorang individu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali