Kelas Asas Menaip Menggunakan Perisian Microsoft Word
4 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada 3 September 2022 (Sabtu) telah berlangsung Kelas Asas Menaip menggunakan perisian Microsoft Word. Kelas ini telah dihadiri oleh 3 orang peserta daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sebuyau terdiri daripada pelajar tingkatan 3 dan 4. Kelas ini diadakan bagi menerangkan kepada mereka asas untuk menaip serta memberikan mereka latihan untuk belajar menaip sendiri. Selain itu kelas ini bertujuan untuk memudahkan para peserta ini di masa hadapan sekiranya mereka diberikan tugasan seperti kerja kursus yang memerlukan mereka menggunakan perisian ini untuk menyiapkan tugasan mereka
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: