Kelas Advokasi : Check Your Label
18 November 2022 | Aktiviti TerkiniSabtu 26 November 2022 telah diadakan Kelas Advokasi Check Your Label di PEDi Tebelu. Kelas ini dihadiri 9 orang peserta sekolah rendah SK Tebelu. Kelas ini berlangsung dari jam 11:00 pagi sehingga 12:00 tenghari.
Tujuan kelas tersebut diadakan adalah untuk mendedahkan peserta tentang kempen kesedaran CYL ini. Tayangan video Check Your Label juga disediakan dan sesi soal jawab turut dilakukan di penghujung tayangan video tersebut. Peserta juga diberi tugasan untuk menjawab kuiz yang telah pihak PEDi sediakan, ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh mana kefahaman para pelajar faham isu yang dibincangkan.
Check Your Label merupakan satu inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mewujudkan satu kempen kesedaran terhadap penggunaan peralatan komunikasi yang perlu mempunyai label MCMC yang sah untuk tujuan keselamatan ketika penggunaan. Tujuan kempen Check Your Label ini adalah untuk mendidik dan mendedahkan secara lebih terperinci kepada pengguna peralatan komunikasi pentingnya menyemak label MCMC di peralatan komunikasi mereka. Pengguna boleh menyemak label MCMC sama ada di laman web yang disediakan ataupun melalui aplikasi mudah alih Check Your Label yang boleh dimuat turun di App Store dan Google Play. Pihak PEDi Tebelu berharap dengan adanya kelas tersebut, masyarakat berdekatan PEDi Tebelu akan lebih peka untuk menyemak peranti yang mereka gunakan di rumah dan sebagainya
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: