Kuiz Kemerdekaan Sempena Bulan Kemerdekaan

21 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Sabtu 20 Ogos 2022, Pusat Internet Ekonomi Digital PEDi Tebelu telah mengadakan kuiz kemerdekaan sempena bulan kemerdekaan .Kelas ini telah dihadiri 5 orang peserta yang terdiri pelajar dari tahun 6 SK Tebelu. Tujuan kuiz ini diadakan adalah untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan pelajar. Para pelajar akan berusaha untuk mengingati semula sejarah-sejarah kemerdekaan negara. Kuiz tersebut merangkumi 25 soalan dan para pelajar perlu menjawab soalan kuiz tersebut melalui aplikasi Wordwall. Kuiz ini memberikan beberapa kesan positif kepada para pelajar. Hal ini demikian kerana, para pelajar perlu mengingati sejarah-sejarah terdahulu untuk membolehkan mereka menjawab soalan-soalan yang disediakan. Kuiz ini berlangsung dari jam 3:00 petang sehingga 4:00 petang

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali