Kelas Asas ICT Aplikasi Paint (Mewarna Poster Kemerdekaan )

21 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Sabtu 20 Ogos 2022, Pusat Internet Ekonomi Digital PEDi Tebelu telah mengadakan Kelas Asas ICT Aplikasi Paint (Mewarna Poster Kemerdekaan ). Kelas ini telah dihadiri 9 orang peserta yang terdiri pelajar dari tahun 1 sehingga tahun 5 SK Tebelu.Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan aplikasi Paint serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk mewarna poster kemerdekaan menggunakan tools yang terdapat dalam aplikasi Paint mengikut kreativiti masing-masing. Pada akhir kelas, staf menilai hasil kerja pelajar untuk diberi markah yang sesuai dengan mengambil kira kekemasan dan kreativiti yang dihasilkan. Semoga kelas ini bermanfaat kepada pelajar yang terlibat bagi melahirkan pelajar yang celik ICT. Kelas ini telah berlangsung dari jam 10:00 pagi sehingga 12 tengahari

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali