Program Klik dengan Bijak (KDB) : Pengurusan Risiko dalam Talian Zon 3 (Sabah dan Sarawak)
10 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 9 April 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) telah menyertai Program Klik dengan Bijak (KDB) yang betajuk Pengurusan Risiko dalam Talian Zon 3 iaitu Sabah dan Sarawak. Program telah disertai hampir 300 peserta dan merupakan peserta program paling ramai untuk program (KDB) tersebut. Program tersebut merupakan program yang merangkumi semua yang berkaitan dengan (KDB) dimana ianya mempunyai 6 moderator yang ditugaskan untuk menerangkan setiap cabang yang berkaitan dengan (KDB).
Setiap tajuk yang disediakan sangat baik dan sangat padat dengan informasi yang bermanfaat dan dapat dikongsikan untuk komuniti agar dapat mengelakkan daripada helah dan scam atas talian. Sepanjang program dijalankan juga kami disediakan borang untuk diisi sebagai maklumbalas dan untuk sijil kehadiran program tersebut.
Dalam masa yang sama juga, sebelum bermulanya sesuatu tajuk baru yang hendak diterangkan semasa program, pihak penganjur ada menyediakan cabutan bertuah yang mempunyai hadiah misteri menanti pemenang yang bertuah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: