Kelas Usahawan ( Mencipta Logo Perniagaan)

17 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 16 April 2022, telah diadakan kelas usahawan iaitu mencipta logo perniaagaan Kelas ini diadakan bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada usahawan tempatan dalam menghasilkan logo perniagaan sendiri dengan menggunakan aplikasi Canva.

Kelas Usahawan (Logo Perniagaan) yang berlangsung di PEDi Tebelu selama 1 jam 30 minit bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi. Kelas ini atas permintaan peserta sendiri. Dalam kelas berikut staf PEDi memberi tunjuk ajar kepada usahawan tentang cara memilih logo templat yang terdapat dalam aplikasi canva. Usahawan turut dibimbing dalam mengedit gambar dan fon tulisan yang terdapat pada logo templat mengikut kreativiti usahawan dan juga kesesuaian produk jualan. Selain itu, staf PEDi turut memberi tunjuk ajar kepada usahawan cara untuk mencetak stiker produk jualan mengikut saiz yang bersesuaian dengan produk jualan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali