Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam

21 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Januari 2022, Khamis telah berlangsungnya peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam selama satu jam yang bermula dari jam 2:00 petang sehingga 3:00 petang.Komuniti sekitar PEDi Tebelu sentiasa menggunakan perkhidmatan disini untuk pelbagai urusan terutamanya melibatkan peperiksaan secara atas talian. Pengunjung yang mengunjungi adalah daripada kalangan belia dan wanita hadir untuk menjawab peperiksaan dengan selesa dan dapat menikmati internet berkelajuan tinggi tanpa sebarang gangguan. Mereka ini terlibat dengan Peperiksaan Online (SPA) bagi jawatan Pembantu Antidadah Gred S19 mengikut tarikh peperiksaan yang diperolehi. Mereka diberi panduan tatacara untuk memasuki pautan portal SPA dan calon dapat menjawab peperiksaan secara atas talian dengan mudah.

Perkhidmatan di PEDi Tebeli dapat menggalakkan komuniti menggunakan kemudahan PEDi yang tersedia sekaligus memberi pendedahan tentang kewujudan dan fungsi serta perkhidmatan yang disediakan. Ini menjadikan PEDi Tebelu sebagai pusat rujukan utama dengan capaian internet yang berkelajuan tinggi untuk mengakses peperiksaan penting di atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali