Mesyuarat Kluster Menarik di Asajaya Simunjan (Aplikasi Zoom)
17 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniAhad 16 Januari 2022, telah diadakan perjumpaan secara atas talian melalui aplikasi zoom bagi ahli- ahli Menarik Di Asajaya dan Simunjan. Mesyuarat ini telah berjaya diadakan selama satu jam setengah bagi membincangkan pelbagai isu dan perancangan sepanjang tahun 2022. Di antara PEDi yang terlibat adalah PEDi Sebandi Ulu, PEDi Asajaya, PEDi Sadong Jaya, PEDi Simunjan, PEDi Tebelu dan PEDi Gedong. Agenda mesyuarat kali adalah seperti berikut:
- Sesi perkenalan di antara staff baru dan lama.
- Pendedahan kepada tugas dan peranan sebagai Ketua dan Penolong Kluster yang baharu bagi sesi 2022
- Perincian mengenai tanggungjawab ahli- ahli lain dalam memastikan objektif perancangan tahunan tercapai
- Membincangkan strategi untuk mempromosikan FB Menarik Di Asajaya dan Simunjan
- Menyusun perancangan bagi kandungan FB Page sepanjang 2022.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: