Online English Class

17 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Oktober 2022 (Ahad) telah berlangsung kelas English secara atas talian bersama Cikgu Farah Kamaruddin daripada Sebuyau bersama dengan 8 orang peserta yang telah hadir ke PEDi Tebelu pada hari tersebut. Kelas telah berlangsung selama 1 jam bermula pada pukul 3 petang sehinga 4 petang. Tajuk pembelajaran pada hari tersebut adalah noun (singular / plural). Menggunakan screen projector kelas telah berlangsung dengan lancar. Para peserta dapat memahami dengan baik pembelajaran pada hari tersebut. Bagi memastikan peserta lebih memahami pembelajaran yang diberikan peserta diberikan kuiz berkaitan dengan tajuk pembelajaran. Hasilnya peserta berjaya menjawab dengan baik soalan-soalan yang diberikan. Diharapkan di masa hadapan lebih banyak kelas-kelas seperti ini dapat diadakan bagi mengisi masa lapang pelajar-pelajar yang kerap hadir ke PEDi. Peserta juga diharapkan dapat memanfaatkan ilmu yang diberikan untuk masa hadapan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali