Kelas Cara Pendaftaran Kerja Dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan E-Recruitment Sarawak

15 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Ogos 2022 (Ahad) telah berlangsung kelas cara pendaftaran kerja dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan E-recruitment bersama 3 orang peserta lepasan tingkatan lima. Kelas ini diadakan untuk mengajar peserta-peserta ini cara-cara membuka akaun SPA dan E- recruitment bagi memohon peluang pekerjaan yang sedia ada. Peserta-peserta juga dipastikan untuk mengisi maklumat yang diminta diisi dengan betul dan lengkap.

Selain itu peserta juga diingatkan untuk memohon pekerjaan sesuai dengan kelayakan akademik mereka sendiri. Ketiga-tiga peserta berjaya membuka akaun dan telah memohon pekerjaan di dalam sistem SPA dan E-Recruitment

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali