Advokasi Sentuhan Selamat dan Sentuhan Tidak Selamat
6 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPada 05 December 2022 telah diadakan Kelas Advokasi Sentuhan Selamat dan Sentuhan Tidak Selamat. Kelas ini telah dihadiri 9 orang peserta PEDi. Kelas ini berlangsung selama 1 jam dari jam 2:00 petang sehingga 3:00 petang.
Kelas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua masyarakat tentang sentuhan selamat dan tidak selamat terutamanya kepada kanak-kanak. Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam mandidik anak-anak tentang sentuhan selamat dan tidak selamat.
Melihatkan epidemik pedofilia yang semakin meluas dan mula memberi kesan kepada kanak-kanak di sekolah, tempat awam atau di dunia digital, mengajar anak anda tentang langkah keselamatan yang perlu dilakukan adalah satu keperluan sedari usia kecil lagi. Sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat patut menjadi pengetahuan asas bagi setiap kanak-kanak. Berbekalkan pengetahuan ini, mereka akan lebih bersedia untuk melindungi diri mereka. Pihak PEDi Tebelu berharap dengan adanya video ini mampu mebantu ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka tentang sentuhan selamat dan tidak selamat. Terdapat beberapa perkara yang penting dapat diaplikasikan oleh anak-anak untuk memahami lebih mendalam tentang sentuhan selamat dan tidak selamat. Peserta juga diberi kuiz yang berkaitan dengan tajuk advokasi ari ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: