KDB - Risiko Permainan Dalam Talian Dan Kuiz KDB

3 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 02 December 2022 telah diadakan Kelas KDB-Risiko Permainan Dalam Talian dan Kuiz KDB. Kelas ini telah dihadiri 11 orang peserta PEDi. Kelas ini berlangsung selasa 1 jam dari jam 2:00 petang sehingga 3:00 petang.

Tajuk kali ini dipilih ekoran penggunaan gajet atau telefon pada masa kini yang merupakan satu keperluan utama pada masa kini yang sudah tidak mengira peringkat umur. Dalam perkongsian tersebut pihak PEDi lebih banyak berkongsi kesan negatif dalam penggunaan telefon sekiranya tidak dipantau atau dibendung dari peringkat awal. Antara kesan negatif sekiranya tidak dibendung dari peringkat awal masalah dari segi waktu tidur yang tidak cukup atau teruk.

Selain itu, ia juga boleh menyebabkan masalah sistem saraf dan masalah perkembangan otak anak-anak sekaligus menyebabkan penurunan prestasi pembelajaran. Ketagihan bermain dalam talian juga boleh menyebabkan masalah keretakan rumah tangga kerana pasangan mengabaikan tanggungjawab kerana leka bermain game selain boleh juga menimbulkan masalah kecurangan rumah tangga akibat bertemu ‘crush’ dalam ‘online game’. Namun, sekiranya kita bijak menggunakan kepakaran kita dalam permainan dalam talian, kita mampu menjana pendapatan yang lumayan. Oleh itu, pihak PEDi menekankan bahawa semua pihak haruslah memainkan peranan dalam perkembangan teknologi masa kini agar ia memberi manfaat kepada pengguna dan bukan sebaliknya. Jadi, kita haruslah menjadi pengguna yang bijak dan pengguna yang bermotivasi dalam apa jua perkembangan teknologi masa kini

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali