Klik Dengan Bijak (KDB) – Lindungi Kanak-Kanak Daripada Pengantunan (Cyber Grooming) Dalam Talian

11 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Oktober 2022 (Isnin) program Klik Dengan Bijak yang bertajuk “Lindungi Kanak-Kanak Daripada Pengantunan (Cyber Grooming) Dalam Talian” telah dihadiri oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan pelajar tingkatan 1 SMK Sebuyau. Peserta ditayangkan dengan video mengenai pengantunan dalam talian. Seterusnya bagi memastikan peserta-peserta ini memahami dengan lebih lagi mengenai pengantunan dalam talian mereka dikehendaki menjawab kuiz yang telah disediakan menggunakan aplikasi WordWall. Para peserta diharapkan mempunyai kesedaran yang lebih mengenai cyber grooming ini agar lebih berhati-hati dalam pergaulan sosial

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali