Kelas Advokasi Atas Talian : Check Your Label (Semak Label Anda)
8 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat melibatkan dua (2) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan secara atas talian dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Dahlia, Pusat Internet Komuniti Pasir Pandak dan Pusat Internet Komuniti Bawang Assan. Kelas bermula pada pukul 1000AM serta tamat pada pukul 1100AM. Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan dan memberi pengetahuan kepada peserta mengenai kempen yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya berhati-hati dalam membeli peralatan komunikasi. Pastikan peralatan komunikasi yang dibelikan tersebut mempunyai label SKMM. Kelebihan kelas ini ialah agar peserta boleh mengambil langkah bijak dengan menyemak label SKMM terlebih sebelum membeli sesuatu peralatan tersebut bagi mengelakkan penipuan berlaku yang melibatkan peralatan komunikasi kini.Peserta dimaklumkan juga bahawa jika tiada label SKMM dipamerkan bolehlah membuat aduan secara terus ke peajabat SKMM.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: