Kelas Asas Membuat Kad Ucapan Menggunakan Microsoft Word
30 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniRabu 29 December 2021 telah diadakan Kelas Asas Membuat Kad Ucapan Menggunakan Microsoft Word Kelas ini melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di PEDi Tebelu.Kelas bermula pada pukul 0930AM serta tamat pada pukul 1100AM
Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan serta mengajar mereka bagaimana untuk membuat kad ucapan dengan mudah menggunakan Microsoft Word.
Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat beserta contoh tentang cara membuat kad ucapan tersebut. Untuk pengenalan, peserta diberikan contoh-contoh kad ucapan yang di buat menggunakan Microsoft Word. Semasa sesi pembelajaran, peserta diajar bagaimana untuk membuat kad ucapan yang paling mudah dan asas seperti meminta mereka untuk membuat saiz kad, meletakkan corak untuk menghias kad, meletakkan ucapan atau kata-kata, mengubah warna serta meletakkan gambar-gambar yang berkaitan untuk menghias kad tersebut..
Kelebihan kelas ini menyediakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk meningkatkan kemahiran kepada perserta untuk masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: