Kelas Laman Web Individu ( Aplikasi Webex)

28 Febuari 2021 | Aktiviti Terkini

Sabtu 27 March 2021 telah diadakan Kelas Laman Web Individu (Aplikasi Webex) . Kelas ini dibuat secara individu yang hanya melibatkan seorang (1) peserta yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Tebelu dan bermula pada pukul 9:30 AM serta tamat pada pukul 5:00PM.

Kelas ini bertujuan untuk membimbing peserta yang pertama kali menggunakan aplikasi webex ini untuk menghadiri kursus yang dianjurkan oleh pihak CIDB secara atas talian. Sebelum kelas bermula peserta diberi tunjuk ajak cara untuk masuk ke aplikasi webex tersebut melalui komputer riba PIK Tebelu. Peserta juga diberi bimbingan cara memuat naik aplikasi webex tersebut didalam telefon.

Kelebihan kelas ini menyediakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk meningkatkan kemahiran kepada perserta untuk masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali