Kelas Asas ICT ( Mendaftar Akaun Gmail)

22 Febuari 2021 | Aktiviti Terkini

Ahad 21 Febuari 2021, telah diadakan Kelas Asas ICT ( Mendaftar Akaun Gmail) Kelas ini telah berlangsung dari jam 10:00 pagi sehingga 11:30 pagi yang bertempat di PIK Tebelu yang dihadiri seorang peserta.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk mengajar dan memberi didikan kepada komuniti cara-cara mendaftar atau membuat akaun Gmail. Kini, semua bentuk aplikasi atau permohonan pekerjaan memerlukan akaun Gmail untuk mendaftar dan setiap komuniti seharusnya mempunyai akaun Gmail.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta hanya perlu mengetahui dan membawa kad pengenalan serta alamat yang betul. Bagi mereka yang berumur bawah 12 tahun, kawalan dan pengesahan daripada ahli keluarga atau ibu bapa diperlukan agar dapat mengawal serta mengawasi akaun dan aktiviti anak-anak dalam media massa. Pemilihan nama yang unik diperlukan semasa mendaftar akaun tersebut serta peserta hendaklah mengingat kata laluan yang telah dibuat agar memudahkan urusan ketika mendaftar masuk akaun Gmail nanti. Memasukkan nombor telefon bimbit amat digalakkan sebagai tanda keselamatan tambahan dan memudahkan urusan ketika lupa kata laluan. Setelah selesai mendaftar akaun Gmail, peserta boleh mendaftar akaun seperti Facebook, Twitter, Instagram dan memohon pekerjaan secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali