Kelas Microsoft Word Individu ( Menaip dan Membuat Jadual)
21 Febuari 2021 | Aktiviti TerkiniSabtu 20 Febuari 2021, telah diadakan Kelas Microsoft Word (Menaip dan Membuat Jadual) atas permintaan peserta sendiri. Kelas ini telah berlangsung dari jam 2:00 petang sehingga 4:00 petang yang bertempat di PIK Tebelu.
Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang asas penggunaan Ms Word dan asas membuat jadual dengan mudah. Kelas ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan serta ilmu pengetahuan mengenai penggunaan asas Microsoft Office Word dalam membuat jadual dan menaip untuk kegunaan masa akan datang seperti menyediakan minit mesyuarat, surat rasmi dan sebagainya. Selain itu, peserta juga diselitkan juga dengan pengetahuan asas ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: