Kelas Ms. Office Individu
12 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 11 December 2021, Cik Sabrina telah berkunjung ke PIK Tebelu untuk belajar menggunakan Microsoft Word sekitar jam 2.15 petang hingga 4.15 petang. Beliau ingin belajar bagaimana untuk membuat surat permohonan pekerjaan . Kakitangan PEDi telah memberi tunjuk ajar asas mencari maklumat di internet dan asas membuat surat rasmi menggunakan Microsoft Word. Secara tidak langsung, Cik Sabrina dapat memahirkan diri menggunakan peralatan asas komputer terutamanya papan kekunci dengan betul.Antara penggunaan Microsoft Office ialah untuk mencipta dokumen, mencetak dokumen, mencipta resume dan surat, mencipta slide dan melakukan pengiraan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: