Website – Aplikasi Zoom Individu
22 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 21 Mei 2021 ( Jumaat ) , atas permintaan peserta sendiri telah diadakan kelas website aplikasi zoom. Seorang pengguna meminta bantuan pada staff PIK untuk mengajar beliau cara-cara menggunakan aplikasi zoom untuk menghadiri kursus secara atas talian. Peserta juga turut diberi tunjuk ajar cara memuatnaik aplikasi zoom didalam telefon pintar beliau sendiri bagi memudahkan beliau mengakses aplikasi zoom buat masa akan datang nanti. Beliau juga meminta tunjuk ajar cara mendaftar keahlian CIDB secara atas talian. Kelebihan kelas ini menyediakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk meningkatkan kemahiran kepada perserta untuk masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: