Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam

23 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 September 2021 Rabu telah berlangsungnya peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam selama satu jam yang bermula dari jam 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi. Komuniti sekitar Pusat Internet Komuniti Tebelu sentiasa menggunakan perkhidmatan disini untuk pelbagai urusan terutamanya melibatkan peperiksaan secara atas talian. Pengunjung yang mengunjungi adalah daripada kalangan belia dan wanita hadir untuk menjawab peperiksaan dengan selesa dan dapat menikmati internet berkelajuan tinggi tanpa sebarang gangguan. Mereka ini terlibat dengan Peperiksaan Online (SPA) bagi jawatan Pembantu Pustakawan Gred S19 mengikut tarikh peperiksaan yang diperolehi. Mereka diberi panduan tatacara untuk memasuki pautan portal SPA dan calon dapat menjawab peperiksaan secara atas talian dengan mudah.

Perkhidmatan di Pusat Internet Komuniti dapat menggalakkan komuniti menggunakan kemudahan Pusat Internet Komuniti yang tersedia sekaligus memberi pendedahan tentang kewujudan dan fungsi serta perkhidmatan yang disediakan. Ini menjadikan Pusat Internet Komuniti sebagai pusat rujukan utama dengan capaian internet yang berkelajuan tinggi untuk mengakses peperiksaan penting di atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali