Kelas Microsoft Word Individu – Menaip Surat

16 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat 15 September 2021 telah diadakan Kelas Microsoft Word Individu iaitu menaip surat. Kelas ini atas permintaan peserta sendiri . Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Tebelu.Kelas bermula pada pukul 9:30 pagi serta tamat pada pukul 11.00 pagi.

Peserta meminta pihak PIK Tebelu memberi tunjuk ajar membuat surat rasmi dengan betul dan menghantar dokumen sokongan melalui email. Kelas ini memberi pendedahan tentang cara menaip dengan menggunakan format betul seperti cara menukar font, saiz font, membuat jarak baris dan perenggan serta cara simpan fail di komputer.

Kelebihan kelas ini menyediakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali