Kelas Asas Microsoft Office
16 Febuari 2021 | Aktiviti TerkiniIsnin 15 Febuari 2021, telah diadakan Kelas Asas Microsoft Office atas permintaan peserta sendiri. Kelas ini telah berlangsung dari jam 2:30 petang sehingga 4:00 petang yang bertempat di PIK Tebelu.
Kelas Asas Microsoft Office ini diadakan bagi memberi pendedahan dan asas penggunaan Microsoft Word kepada peserta. Peserta juga diajar fungsi-fungsi asas Word seperti membuat dokumen baru, belajar menaip dan cara mengubahsuai font.Peserta juga diajar cara menyimpan data yang telah ditaip kedalam folder kerja beliau sendiri
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: