Kelas ICT Individu Secara Maya Bersama PIK Pasir Pandak

6 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Jun 2021, Kelas ICT individu secara maya anjuran Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti Kg Tebelu. Kelas atau aktiviti pada hari ini ialah berkongsi info mengenai Asas Pengenalan Komputer bersama peserta atau pelajar berumur 14 tahun iaitu Harraz Iqbal. Banyak info yang dikongsi mengenai setiap komponen yang ada pada komputer dan fungsinya. Kelas ini diadakan selama 2 jam bermula dari pukul 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Terdapat sesi soal jawab diselitkan dalam kelas ini berkaitan dengan Asas Pengenalan Komputer. Terima kasih juga diucapkan kepada Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak atas perkongsian ilmu Bersama.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali