Kelas Website Cara Mendaftar BSN Online Banking
18 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 17 Oktober 2021, seorang komuniti sekitar PIK Tebelu telah menghubungi kakitangan PIK untuk membuat janji temu untuk mendaftar cara membuka BSN Online Banking. Beliau memohon tunjuk ajar kakitangan PIK untuk membantunya kerana beliau kurang arif dengan komputer dan pengisian secara dalam talian. Kelas ini berlangsung dari jam 2:30 petang sehingga 3:30 petang.
Tujuan kelas ini mengajar cara mendaftar BSN Online Banking di dalam website BSN. Sekarang ni semua bank dah buat sistem online untuk memudahkan pengguna, terutamanya dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Dengan ada nya BSN Online Banking ini kita boleh menjimatkan masa dengan pelbagai pautan perkhidmatan perbankan melalui internet seperti menyemak baki, membayar bil, memindahkan wang dan banyak lagi mengikut keselesaan kita sendiri.
Kelebihan kelas ini dapat memberi tunjuk ajar cara mendaftar dengan betul seperti memasukkan kad pengenalan, nombor telefon, pengesahan pendaftaran dan cara log masuk.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: