Daftar Permohonan MySalam
14 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 13 Oktober 2021, seorang komuniti sekitar PIK Tebelu telah menghubungi kakitangan PIK untuk membuat janji temu untuk mengisi Pendaftaran Permohonan MySalam secara dalam talian. Beliau memohon tunjuk ajar kakitangan PIK untuk membantunya kerana beliau kurang arif dengan komputer dan pengisian secara dalam talian.
Puan Zaiton di beri tunjuk ajar bagaimana untuk membuat carian permohonan yang beliau ingin mohon di dalam Google lebih dahulu. Puan Zaiton juga memerlukan bantuan daripada staf PIK untuk mengisi maklumat yang diperlukan menggunakan sistem Google Form. Staf PIK membantu Puan Zaiton mendaftar permohonan sehingga selesai. Kelas secara personal yang berlangsung selama 1 jam di PIK Tebelu masih menitik-beratkan pematuhan SOP sepanjang tempoh PKP.
Dengan adanya kelas-kelas ICT di Pusat Internet Komuniti, secara langsung dapat membantu komuniti Pusat Internet Komuniti mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung juga dapat melahirkan lebih ramai golongan ibu bapa dan pelajar yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: