Kelas ICT Atas Talian – Tutorial Membuat Kuiz Menggunakan Aplikasi Telegram

12 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Julai 2021, PIK Tebelu telah membuat Kelas ICT Atas Talian – Tutorial Membuat Kuiz Menggunakan Aplikasi Telegram.Memandangkan pandemik Covid-19 pada masa ini, kelas dan aktiviti yang dijalankan adalah secara atas talian sahaja. Pusat Internet Komuniti Tebelu sentiasa menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pengguna untuk mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kelas ini dapat melahirkan pengguna yang cemerlang dari segi ICT dan dapat merapatkan jurang antara pelajar luar bandar dan bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali