Kelas ICT (Ms. Office)

4 Febuari 2020 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 03 Febuari 2020, Pusat Internet Tebelu telah mengadakan Kelas Ms Word bermula pada jam 2.00 petang hingga 4.30 petang bertempat di Pusat Internet Tebelu. Kelas ini telah di sertai oleh 5 orang pelajar daripada sekolah menengah. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office dalam membuat kerja sekolah yang diberi.

Selain sesi pembelajaran tentang cara-cara menggunakan Ms Word, peserta diminta untuk menghantar hasil kerja mereka ke email kawan masing-masing untuk sesi latihan dan pemahaman pembelajaran. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali