Kelas Asas ICT (Surat Rasmi)

4 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 03 Oktober 2020, Pusat Internet Tebelu telah mengadakan Kelas Asas ICT (Surat Rasmi) bermula pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang bertempat di Pusat Internet Tebelu. Kelas ini telah di sertai oleh 4 orang pelajar. Kelas ini dijalankan bagi membantu pengguna dalam menghasilkan surat rasmi menggunakan komputer. Dalam kelas ini staf PI memberi bimbingan kepada pengguna mengenai format surat rasmi dan cara-cara menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Word. Peserta juga turut didedahkan cara memindahkan dokumen menggunakan whatapp web.

Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat mengenai pengetahuan asas setiap button yang terdapat pada program Ms Excel. Kemudian,peserta diminta menyiapkan surat rasmi masing-masing. Pada akhir kelas peserta telah tahu membuat surat rasmi sendiri menggunakan font yang sesuai, membuat border line, menggunakan button merge& centre serta alignment text supaya kelihatan lebih kemas. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali