Pembelajaran Atas Talian

21 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Jun 2020, telah berlangsungnya pembelajaran atas talian dengan dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan seperti mencatat suhu badan, merekod kedatangan peserta, jaga jarak sosial setiap peserta, memakai pelitup muka dan hidung serta menggunakan sanitizer sebelum dan selepas menggunakan komputer. Peserta mengambil masa pembelajaran secara dalam talian walaupun semasa tempoh PKPP dengan mengunakan kemudahan internet di Pusat Internet. Pelajar dapat belajar walaupun dalam kekangan tiada internet dirumah dengan mengunjungi Pusat Internet dalam menyiapkan tugasan yang telah diberi. Selain itu juga pelajar dapat membuka link yang telah diberikan oleh guru kelas untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Pembelajaran ini telah berlangsung dari jam 2:00 petang sehingga 4:00 petang dan dihadiri 4 orang pelajar sekolah menengah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali