Kelas Pengukuhan ICT

2 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat yang lepas 01 Mac 2019, Pusat Internet Tebelu telah mengadakan Kelas Pengukuhan ICT bersama dengan pelajar pelajar menengah dan rendah. Antara kelas yang diadakan ialah asas kepada ict iaitu cara menaip dengan betul, mereka diajar tentang asas dimana jari sepatutnya berada semasa menaip surat dan sebagainya.

Selain itu, pelajar diajar menaip menggunakan Microsoft Word dimana mereka boleh menaip sebarang surat menggunakan aplikasi tersebut serta mereka telah diajar asas tentang Microsoft Word dan powerpoint. Kelas ICT ini telah berlangsung dari jam 2:30 petang sehingga jam 5:00 petang, dan kelas ini telah dihadiri seramai 15 pelajar .Diharap kelas ini memberi manfaat kepada mereka pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali