Kursus Pengendalian Android Dan Online Marketing (Day 2)
26 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 25 Julai 2019, Khamis kursus Pengendalian Android dan Online Marketing telah diadakan di Pusat Internet Tebelu. Seramai 18 orang peserta yang yang terlibat dengan Kurus ini. Kursus tersebut telah bermula dari jam 9:00 pagi dan berakhir pada pukul 5:00 petang. Kursus ini adalah anjuran bersama pihak Kemas Batang Lupar dan Pusat Internet Tebelu. Pihak pusat internet berterima kasih kepada En.Yaman Bin Madian iaitu PKP Kemas Batang Lupar kerana memilih pihak kami dan memberi kepercayaan kepada kami dalam mengendalikan kursus ini selasa 2 hari.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Pemasaran perniagaan secara percuma dengan menggunakan facebook page.
- Konsep Komuniti Digital
- Kesalinghubungan Diantara Perniagaan dan Dunia Digital
- Struktur Perniagaan Digital
- Pengenalan website dan membuat website perniagaan
- Perlabelan produk dan cara pengambilan gambar produk dengan menarik
- Kaedah Pembungkusan & Penghantaran
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: