Kelas ICT Microsoft Powerpoint (Minggu Ulangkaji)

5 December 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 4 December 2019 yang lepas, Pusat Internet Tebelu telah mengadakan Kelas ICT (Microsoft Powerpoint (Minggu Ulangkaji) di bilik latihan PI Tebelu yang dihadiri oleh 10 orang peserta. Kelas berlangsung pada jam 2:00 petang sehingga 5:00 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang cara asas penggunaam program Ms Powerpoint dan sesi ulang kaji iaitu mengimbas kembali sesi pembelajaran yang lepas.

Antara pengisian kelas ialah peserta diterangkan cara mengambil dan menyimpan gambar di destop sebelum digunakan di dalam Ms Powerpoint. Kemudian peserta diajar cara memasukkan gambar ke dalam slide dan menyelitkan penggunaan transition dan animation yang ada dalam Ms Powerpoint supaya kelihatan menarik. Diharap peserta boleh memanfaatkan ilmu ini untuk digunakan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali